5 Kelebihan Sunscreen Terbaik – Tekstur Ringan Sesuai Untuk Kulit Berminyak

 Assalamualaikum & Hi my dear readers!

I hope all of you are doing well. Today, I would like to share about my current favourite skincare product: Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen. But before continuing to discuss about this product, let me remind you of the importance of wearing sunscreen.


The lecture mode is ON!


Kenapa perlu menggunakan sunscreen?

Seperti yang kita ketahui, asas kepada rutin penjagaan kulit harian adalah dengan menggunakan sunscreen. Penggunaan sunscreen amatlah penting tau untuk melindungi kulit daripada sinar UV yang boleh menyebabkan ‘sunburn’, penuaan pramatang dan masalah kesihatan seperti kanser kulit.


Bagaimana untuk memilih sunscreen yang sesuai?

Hmm memang banyak pilihan untuk sunscreen di pasaran. Tetapi, pemilihan sunscreen perlulah mengikut kesesuaian harian kita. Memandangkan cuaca di Malaysia panas dan lembap, saya sentiasa mencari sunscreen yang bertekstur 'lightweight' untuk mengelakkan daripada muka kelihatan berminyak. However, there are varieties of skin types (dry, combination, sensitive, normal and oily) and sometimes, it changes depending on a lot of factors. Sebab tu, bagi saya amatlah memudahkan kalau kita memilih sunscreen yang bersesuaian untuk semua jenis kulit, jadi tak perlulah sentiasa tukar-tukar produk kan?


And that's why after some treasures, I decided to try the Aloe Vera Sunscreen from Hansaegee Nature.


Terdapat banyak kelebihan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen. Antara kelebihan sunscreen ini adalah:

1. Sun Protection Factor (SPF50+) & Broad-Spectrum PA+++

2. Sunscreen Untuk Kulit Berminyak & Moisturising

3. Sunscreen Tanpa White Cast

4. Non-Waterproof

5. Primer Make Up Terbaik


Let’s dive deep into the benefits of this sunscreen!


1. Sun Protection Factor (SPF50+) & Broad-Spectrum PA+++

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ini merupakan sunscreen SPF50+ PA+++. Dua faktor ini adalah sangat penting untuk sunscreen. SPF50 adalah saranan daripada dematologi untuk melindungi kulit daripada sinar UVB yang menyebabkan 'sunburn' dan kanser kulit, manakala PA+++ mampu melindungi kulit daripada sinar UVA yang menyebabkan penuaan pramatang.


2. Sunscreen Untuk Kulit Berminyak & Moisturising

Saya berminat untuk mencuba sunscreen ini sebab kulit saya adalah jenis dehydrated dan berminyak. Saya tertarik dengan 'key ingredients' seperti ekstrak Centella asiatica dan Aloe vera yang terdapat dalam sunscreen ini yang mampu menghidratkan dan melembapkan kulit. Selepas mencuba sunscreen ini, kulit saya tidak lagi kering dan menggelupas.

Walaupun sunscreen ini mampu memberikan kelembapan kepada kulit saya, ia masih mengekalkan tekstur ringan dan tidak berminyak kerana sunscreen ini adalah tidak berminyak dan tidak menyumbatkan pori. I never have the “greasy feeling” whenever I use this sunscreen. Tambahan pula, kelebihannya yang tidak menyumbatkan pori sangatlah membantu untuk mengekalkan paras sebum yang optimum pada kulit. So, no more oily and dehydrated skin! You can refer the picture below for the Blotting Paper Test for this sunscreen :D


3. Sunscreen Tanpa White Cast

Hansaegee Aloe Vera Sunscreen ini adalah sunscreen jenis hybrid (physical and chemical sunscreen). Sunscreen ini berfungsi sebagai physical sunscreen yang bertindak sebagai 'shield' di atas permukaan kulit untuk menghalang daripada sinar UV. Fungsi sebagai physical sunscreen ini sebenarnya mempunyai bahan yang meninggalkan kesan white cast pada kulit. Tetapi, disebabkan sunscreen ini adalah jenis hybrid, ia juga mampu berfungsi sebagai chemical filters yang hanya meresap and membebaskan sinar UV dalam bentuk haba tanpa perlu membentuk lapisan white cast. Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen totally offers the best of both worlds, right? :D

Even though after 1 hour of applying this sunscreen (and going out, and running with my cat >,<), the sunscreen still looks and blends well on my skin without leaving any white cast.


4. Non-waterproof

Personally, saya suka menggunakan produk non-waterproof kerana mudah untuk dibersihkan tanpa perlu menggunakan extra cleansing products. Sangat memudahkan terutama sekali apabila berada di luar, bila nak cepat dan untuk mengambil wudhu. Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ini bukan sahaja mudah diblend, malah adalah non-waterproof dan sangat mudah dibersihkan tau. Sunscreen ini boleh dibasuh menggunakan air dan mesra wudhu.

Let's prove it, shall we?


5. Primer Make Up Terbaik

Less is more! Saya pasti ramai yang sentiasa mencari kelebihan ini terutama sekali bagi mereka yang sentiasa sibuk dan cuba untuk meminimumkan penggunaan produk. So, don't worry, this Aloe Vera Sunscreen got your back! Hansaegee Nature Aloe Vera sunscreen ini adalah ‘slightly green’ yang sebenarnya mampu mengurangkan kemerahan pada kulit tau. Dan disebabkan kelebihan ini, lapisan sunscreen ini turut berfungsi sebagai primer. Cuma perlu apply sunscreen dan boleh teruskan dengan rutin make-up harian. Kemasan sunscreen ini sahaja pun dah cukup tau bagi mereka yang tidak menggunakan make-up.

Penggunaan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen sebagai primer menjadikan make up kelihatan lebih ‘pigmented’. Make up juga terletak lebih elok pada kulit apabila menggunakan sunscreen ini sebagai make up base.

Next, I’m gonna show you how to apply this sunscreen!


Cara Menggunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

  • Amaun sunscreen bergantung kepada muka masing-masing. Anda boleh gunakan ‘two-finger rule’ sebagai panduan.
  • Saya hanya mengambil masa yang singkat untuk blend sunscreen ini. Tekstur Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ini sangat ringan dan senang meresap memudahkan untuk diblend pada kulit.
  • Selepas selesai mengaplikasikan sunscreen. Saya dapati tona kulit saya menjadi lebih sekata selepas apply sunscreen ni dan tak nampak begitu kusam in real life.
  • Jangan lupa untuk re-appy sunscreen setiap dua jam. Dan seperti dalam gambar, kulit saya masih tidak kelihatan begitu berminyak selepas dua jam memakai sunscreen ni, nak re-apply balik pun senang je.


Bagaimanakah Penggunaan Sunscreen Yang Betul?

Other than choosing the best sunscreen for our skin, it is also important for us to apply the sunscreen the correct way possible to boost the effectiveness of sun protection for our skin. Therefore, I would like to emphasise the best way to use sunscreen. Menurut ahli dermatologi, sunscreen mestilah diaplikasikan sebagai langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit harian. It is highly recommended to use this method for AM skincare routine:

  1. Cleanser
  2. Toner
  3. Serum
  4. Moisturiser
  5. Sunscreen

Anda juga disarankan untuk tunggu selama 15 minit selepas menggunakan sunscreen untuk memastikan sunscreen dapat diserap dan membentuk lapisan pelindungan daripada matahari. Dan, jangan lupa untuk re-apply sunscreen setiap dua jam untuk perlindungan yang maksimum daripada sinar UV.


My Thoughts About This Sunscreen

I am very picky when it comes to skincare. In my opinion, memilih untuk menggunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ini sangat membantu untuk memperbaiki rutin penjagaan kulit saya. Sunscreen aloe vera yang melembapkan dan dikhaskan untuk kulit berminyak ini adalah sangat sesuai untuk kulit saya. Saya tidak perlu lagi risau dengan masalah kulit ternyahidrat dan berminyak selepas menggunakan sunscreen ini.

Penggunaan sunscreen aloe vera ini juga sangat memudahkan urusan harian kerana teksturnya yang ringan sangat mudah diaplikasikan dan diblend. Produk sunscreen yang didatangkan dalam bentuk tube ini sangat mudah untuk dibawa kemana-mana. Menurut saya, Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen adalah sunscreen terbaik untuk kulit berminyak. Beware! It could be your most favourite go-to product once you started using it ;)


Jadi, jangan lupa untuk mencuba sunscreen ini. Info lebih lanjut berkenaan produk ini adalah seperti berikut:


🍁Brand: Hansaegee Nature 

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


3 Comments

  1. wow, the price really defined the quality!!

    ReplyDelete
  2. memang pakai sunscreen yang ni. memang ringan texture dia. best!

    ReplyDelete

Post a Comment